Thursday, 18 October 2012

INSAN BERNAMA KEKASIH..

BISMILAHIRAHMANIRAHIM..

"DEBAR HATIKU MEMBISIK RINDU, INGIN AKU KATAKAN KAU GADIS IDAMAN, ADAKAH MUNGKIN KAU KU MILIKI UNTUK AKU JADIKAN INSAN BERNAMA KEKASIH"

ayat di atas tu antara bait-bait lagu insan bernama kekasih-UNIC.. sungguh saat lagu ini aku dengarkan pasti akan terbayang oleh ku suasana majlis pernikahan.. mengapa? mungkin kerana setiap orang inginkan pasangan dalam hidup mereka.. pasangan yang akan menemani mereka di jannah Allah nanti, insyaAllah.. :)
Allah telah kurniakan kepada kita satu HATI juga PERASAAN didalam diri.. dan pasti akan ada saat dan masanya kita merasakan kehadiran perasaan dan rasa yang aneh didalam hati.. ya! benar! rasa sayang, cinta rindu, kasih dan suka pada mereka yang berlainan jantina dengan kita..

tapi.. apakah kita semua sedar kadang kala perasaan itu lah yang menyebabkan kita semua LALAI dan LEKA dan mungkin juga LUPA pada ALLAH.. kerana terlalu asyik dengan perasaan yang baru bercambah dalam hati itu kita smpaikan terlupa dengan kewujudan orang lain disekeliling kita.. senario yang berlaku pada hari ini seperti anak-anak muda ber'couple' bertemu setiap hari, bersentuhan, berpandangan yang hanya menaikan syahwat pasangan, bercumbuan di khalayak, seks bebas juga pelbagai masalah sosial yang berlaku bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan... astagfirullah.. inilah penangan rasa aneh yang terbit didalam jiwa setiap hamba ALLAH yang bergelar manusia, andai diri tidak mampu untuk mentafsirkan makna sebenar rasa cinta juga kasih sayang yang suci yang dianugerahkan Allah untuk kita.. bukan salah sesiapa andai diri terjerumus dalam kancah maksiat.. salahkan diri sendiri kerana tiada benteng keimanan yang teguh.. salahkan diri sendiri kerana terlalu lemah dengan pujukan sang adam.. salahkan diri sendiri andai kamu merasakan kesakitan saat hubungan cinta yang dijalinkan terputus di tengah jalan..

bukan! bukan aku ingin menghukum.. tetapi aku ingin menyedarkan kalian.. bangunlah, bangkitlah dari lena mu.. bukakan matamu. lihat kerosakan yang berlaku pada kaum sejenis mu.. jangan terlalu ikutkan rasa hati.. ingatlah kawanku "Allah menguji manusia melalui pelbagai cara".. ya! rasa cinta itu juga antara cara Allah menguji kita.. rasa cinta itu Allah hadirkan untuk melihat sejauh mana kita mengingatiNYA saat DIA memberikan kebahagiaan kepada kita.. dan jawapannya ada pada diri kita sendiri.. benar! bukan mudah untuk menolak rasa cinta apatah lagi jika sang adam juga mempunyai perasaan yang sama pada kita.. tetapi jika iman didalam diri teguh dan kukuh pasti rasa cinta itu akan jadi sesuatu yang indah.. kata orang "mereka yang merasakan kehadiran cinta didalam kalbu mereka tetapi merahsiakannya adalah mereka yang berjihad untuk tidak melalaikan diri dengan rasa cinta itu kerana mereka yakin akan segala ketentuan Allah mengenai jodoh buat mereka". insyaAllah, Allah pasti akan memberikan yang terbaik buat kita andai kita yakin kepadaNYA.

sejak azali lagi Allah telah catatkan JODOH buat kita.. jangan bimbang, jangan takut, jangan gusar andai belum menemui sang pencinta buat dirimu kerana Allah telah mengaturkan segalanya.. aturanNyalah yang paling terbaik untuk kita kerana DIA adalah sebaik-baik perancang.. apa yang perlu dilakukan ialah teguhkan iman, bersihkan jiwa hati dan sanubari.. dan mintalah pada Allah agar ditemukan dengan insan bernama kekasih yang akan menemani kita di jannah Allah nanti.. tetapkan hati untuk sentiasa mendahulukan cinta kepada Allah dari cinta kepada manusia kerana cinta Allah tulus untuk kita semua.. :') ingatlah sahabat "Allah mengajarkan kita erti kasih sayang melalui ISLAM, cintailah agamamu kelak kau akan rasakan kemanisan iman".

Allah mengerti setiap apa yang ada didalam hati kita, dia mengetahui setiap apa yang terlintas di fikiran kita.. jangan sia-siakan rasa cinta yang suci itu untuk manusia yang hanya bertuankan nafsu.. ingatlah saat kamu telah bersedia untuk menjadi seorang bidadari buat bakal suamimu pasti Allah akan hadirkan dirinya untukmu..

"adam pasti akan datang menemui hawa apabila tiba saatnya"

Wednesday, 17 October 2012

MAAFKAN :)

BISMILAHIRAHMANIRAHIM..

sungguh saat ini hati ini bagaikan di panah halilintar.. sakitnya teramat sangat.. saat dia mengucapkan ini pada ku
 " kenapa cari aku lagi? kau dah sakitkan hati aku, tak cukup lagi? pergilah! berambus, aku jijik tengok muka kau."
setelah 10 minit ku amati pesanan tersebut dengan penuh perassan, sungguh! sakit! pedih! kecewa! macam-macam yang bermain di benak fikiranku.. dosa apakah yang telah aku lakukan padanya.. kesalahan apakah aku telah lakukan sehingga dia jijik untuk melihat wajahku.. setelah penat aku berteka teki, akhirnya aku mendapat jawapannya.. sungguh aku tidak menyangka yang dia menyimpan harapan pada ku.. sungguh selama ini aku ikhlas menyayanginya sebagai seorang sahabat.. sayang ku padanya seperti seorang adik kepada seorang abang.. tidak pernah hati ini menyayanginya lebih dari itu.. tapi apakan dayaku, nasi sudah menjadi bubur.. kini dia membenci ku kerana aku menolak cintanya.. bukan kerana aku tidak mahukannya tapi kerana ALLAH..

Allah telah melarang aku untuk melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, Allah melarang aku berkasihan dengan lelaki yang belum halal buatku... apakah salahku saat aku menolak cintamu wahai manusia.. fahamilah hati ini.. bukan niat dihati ingin menyakiti kamu.. tetapi inilah yang telah tertulis.. aku doakan Allah membantuku untuk memberikan pengertian kepada kamu.. sungguh aku tidak sanggup untuk melihat kamu terus-terusan membenciku.. sungguh hati ini terluka melihat betapa bencinya kamu kepada ku.. kerana rasa CINTA yang tidak pasti itu kamu sanggup menanamkan rasa benci padaku? duhai saudara yang ku kasihi, sungguh hati ini tidak pernah mahukan kasih sayang yang berlebihan tidak mahukan perhatian yang hanya penuh kepura-puraan.. aku tidak mahu Allah murka pada ku.. telah banyak janji yang telah ku mungkiri pada TUHAN KU YANG SATU ITU.. hidupku didunia ini hanyalah untuk mencari redha dan juga cinta pada ILAHI dan NABI MUHAMMAD..  sungguh berdosa aku kerana telah selalu memungkiri janji-janji ku padaNYA.. aku nekad kini dengan pendirian ku.

TIADA LAGI CINTA manusia.. biar dunia membenci ku tetapi aku yakin ALLAH sentiasa setia bersamaku.. sungguh walau perit untuk ku hadapi semua ini, aku harus melaluinya.. biarkan aku merasai kepahitannya kerana kelak Allah akan memberikan aku kemanisan yang tidak pernah terbayang oleh ku.. begitulah kasihnya ALLAH pada kita.. yang pahit dibalas dengan kemanisan.. wahai saudaraku, aku mendoakan agar kamu juga akan dikurniakan hidayah daripada ALLAH.. bukan niat ku untuk sengaja menolak cintamu tetapi aku menolaknya kerana Allah.. semoga kamu akan mengerti jua isi hati ku ini.. aku doakan kau berbahagia selalu.. ku doakan kau sentiasa didalam redhanya.. insyaAllah..

sahabatku yng ku sayangi, sungguh indah sekali apabila kita meletakkan Allah dan juga RASULULLAH pada tingkat yang tertinggi dan teratas dalam hidup kita.. percayalah pada cinta ALLAH dan RASULULLLAH dengan itu kamu tidak akan merasakan kekecewaan kerana cinta Allah suci dah abadi.. fahamilah.. aku mahukan kita semua bersama di JANNAH Allah nanti.. insyaALLAH.. :') hanya satu pinta ku padamu, maafkanlah kesalahanku kerana telah menggoyahkan imanmu sehinggakan engkau menaruh perasaan juga harapan padaku.. maafkan aku kerana tidak mampu untuk membalas rasa cinta itu.. percayalah ALLAH telah menetapkan pasangan buat kita.. yakinlah dengan janji Allah itu.. memaafkan itu lebih mulia.. jangan membenci kelak akan memakan dirimu.. ku doakan kamu menemui sinar yang baru dalam hidupmu..

salam kasih dan sayang dariku.. semoga engkau kan mengerti.. ku harapkan kepergianku dari hidupmu akan menjadi kan kau dan juga aku sebagai insan yang lebih baik dan lebih mengenali Allah.. insyaAllah.. :')

Tuesday, 2 October 2012

KU TINGGALKAN CINTA INI KERANA-MU YA ALLAH :)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. :)

sungguh hati ini terlalu lemah. terlalu mudah mengalah. hati ini tidak pernah tetap pada sesuatu. hati ini selalu memungkiri. hati ini selalu mendengki. hati iniselalu leka dan lalai..
hati ini juga pernah menyayangi, merindui, dan mencintai pada yang bukan miliknya.:')
sungguh itu semua pernah hati ini lakukan ketika dalam dunia kejahilan. dalam dunia ciptaan yang merosakkan, yang membinasakan dalam diam.

   ya ALLAH sungguh aku nekad meninggalkan cinta itu, cinta manusia yang penuh penipun, yang penuh kepura-puraan, yang penuh muslihat yang penuh dengan rasa yang melalaikan.. :'( sungguh ya Allah aku tidak mahu lagi berada di dalam dunia itu, dunia percintaan yang membinasakan akal, hati dan jasadku.. ku akui ya Allah aku terlalu bahgia menyulam cinta tanpa menyedari engkau merka pada ku.. murka pada setiap gerak langkahku.. maafkan aku ya Allah.. aku tidak berdaya aku gagal aku kalah dengan nafsu dan juga kehendak fitrah ku.. hati ini tidak mampu menahan perasaan sayang kasih dan rindu itu suatu masa dahulu. telah ku bazirkan setiap jam detik saat waktu dan minit hayatku dengan mengejar cinta manusia yang fana. ampunkan aku. aku gagal melawan kehendak nafsuku.. aku telah kalah untuk mempertahankan imanku.. sungguh aku terlalu lemah suatu ketika dahulu. aku tahu ya Allah terlalu jauh aku telah meninggalkanmu..

tapi kini..

  aku yakin, yakin dan pasti untuk meninggalkan dunia percintaan yang pernah ku singgahi dahulu.. sungguh aku tidak mahu lagi jauh dariMU, jauh dari rahmatMU jauh dari kasihMU.. juga tidak ingin lagi aku jauh dari CINTAMU ya ALLAH.. ya ALLAH biarlah diri ini sendiri tanpa sang adam disisi saat aku diduniaMU ini.. biarlah ya tuhan, biarlah sebegitu andai itu mampu mendekatkan aku denganMU, dekat dengan keredhaanMU dekat dengan kasih sayangMU.. kini bulat tekad dihatiku, ingi mengejar cintaMU sebelum aku mengejar yang lain. Ya Allah, izinkan aku untuk merasai cintamu yang agung itu, izinkan aku merasai kemanisan iman, izinkan aku meletakakan kau yang tertinggi di dalam carta hati ku.. izinkan aku ya rabb :') ya ALLAH aku mohon kau tetapkanlah hati ini.. tetapkan hati ini untuk sentiasa mencintaiMU, juga mencintai kekasihMU, Rasulullah. sungguh ya Allah aku lelah didalam dunia percintaan.. bawa aku ya Allah, bawa aku dekat denganmu.. ^^

ya ALLAH..

   aku mengerti setiap kepahitan yang ku rasakan kini akan kau balas dengan kemanisan.. sungguh janjimu itu pasti.. ya ALLAH yang membolak balikkan hati ku pohon tolonglah Ya Allah tetapkanlah hatiku hanya untuk mentaatiMU, mengamalkan sunnah rasulMU.. sungguh ya ALLAH, aku mengharap kan segla pertolongan daripadaMU kerana aku akin kau adalah sebaik.-baik penolong buatku.. ya Allah peluklah hati ini, peluklah hati ini agar sentiasa dekat denganMU agar sentiasa meningatiMU.. ku akui dulu aku mencintai yang tak sepatutnya, mencintai seseorang yang tidak halal untuk ku, dan kini izinkan aku untuk mencintaiMU setulus hatiku.. izinkan aku ya ALLAH.. :'))

YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG, MAHA SUCI TUHANKU..

  "ku akui diri ini hamba yang mungkir padda janji-janji, jadikanlah taubat ini yang sejati padamu ILAHI, ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, ya Allah redakanlah kehidupanku.. moga terhapus penhijab kalbu antara kau dan aku.. tuhan ku zalimi diri ini andai kau tak ampuni dan rahmati, alangkah ruginya diri tuhan, jangan kau palingkan hati ini setelah kau beri HIDAYAH sesungguhnya kau MAHA PENGASIH " :) JAUHKAN aku dari segala kemungkaran.. hijabkan hatiku ini ya ALLAH. KUATKAN IMANKU ya Allah yang memegang hatiku..

tolonglah ya ALLAH aku bertekad. aku nak jadi yang lebih baik. aku nak ikut jalan yang benar. aku nak jadi penghuni jannahMU. aku nak kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana. aku nak jadi insan yang mulia di sisi MU ya ALLAH. AKU nak jadi Muslimah yang solehah, semulia Asiah, sehebat Fatimah Az-Zahra. tolong ya RABB jangan biarkan lagi aku singgh di dunia percintaan yang penuh kepalsuan... aku yakin kau akan hadirkan sang arjuna buatku saat aku telah benar-benar bersedia nanti.. aku yakin dengan CINTA dan JANJIMU YA ALLAH.. 


"PELUKLAH HATI INI YA ALLAH AGAR AKU SENTIASA MENCINTAIMU, MENCINTAI RASULULLAH DAN SEMOGA AKU SENTIASA DALAM KEREDHAANMU.. INSYAALLAH DENGAN IZINMU TUHAN :')"

aku CINTAMU YA ALLAH.. hanya ENGKAU yang SATU hingga hujung nyawaku . :) ku nekad meninggalkan cinta manusia yang penuh penipuan itu demi cintaMU yang hakiki.. :')

PERMAINAN PERASAAN :'/

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. :') ya Allah... pimpin aku.. :')
Rindu dan cemburu adalah permainan perasaan, ianya wujud pada setiap manusia. Tidak perlu disangkal rasa seumpama itu, kerana ianya adalah fitrah. 
Namun, agak janggal bagi setiap pasangan yang bercinta. Kelibat rindu dan cemburu melebihi segala-galanya. Perasaan sedemikian mengubah corak hidup mereka. Tiada lagi kebahagiaan, tiada juga ketenangan.
Kebiasaannya, bagi mereka yang tidak bercinta , rasa cemburu dan rindu berada pada tempatnya. Tidak dibayangi dengan ketakutan yang tiada jasadnya. Jika ada sekalipun, perasaan itu langsung tidak membunuh jiwa si pemilik nyawa.
Jiwa Tidak Bebas
Manusia yang dirantai dengan perasaan cemburu dan rindu berlebihan terpaksa menjalani kehidupan yang meresahkan. Setiap hari dan setiap masa fikiran mereka melayang jauh memikirkan perkara yang membebankan.
" uish.. Awek aku ni buat apa ni. Apasal tak balas mesej?"..
"hmm..pakwe aku ni keluar dengan perempuan lain ke, kenapa off handset?"
Walaupun pada mereka nampak bahagia, namun hakikatnya susah hidup dengan kehidupan sebegitu rupa. Ruang masa yang sepatutnya bebas untuk dinikmati dengan bahagia kini bertukar sengsara. Jiwa terasa sempit kerana asyik memikirkan hal orang lain yang belum tentu menjadi miliknya. Itu belum lagi termasuk hal peribadi yang lain.
Sedangkan jika sebelum status "single" bertukar kepada " couple" setiap urusan begitu indah untuk ditempuhi. Tidak perlu menyibukkan diri untuk memikirkan perkara yang remeh temeh, apatah lagi untuk menyeksa perasaan mencintai sesuatu yang belum halal.
Ini Puncanya!
Manusia yang berhadapan dengan situasi sebegini sebenarnya hanya perlu tahu seperkara agar hidup tidak lagi terganggu. Anda hanya perlu tahu bahawa anda terpaksa menelan pahit ketika ini kerana kekasih anda masih belum halal untuk dimiliki.
Tidak boleh disentuh, sedangkan anda ingin yang disebaliknya.
Tidak boleh keluar berdua-duaan sedangkan hati anda mahu sentiasa bersamanya. Walaupun hakikatnya pada saat ini ramai yang lebih gemar melanggar 'jalan agama' asal dapat keluar berdua-duaan bersama orang yang dicinta.
Tidak boleh berpisah dengannya, sedangkan jika diikut kata hati, pasti anda mengikutnya ke mana sahaja pasangan anda pergi. Walau beribu batu jauhnya, walau dekat sejengkal, anda ingin tetap bersamanya. Hatta walau dia hanya mahu membuang hajat sekalipun, anda ingin mengekorinya. Benarkan? Tetapi itulah realitinya.
Kesimpulannya, begitulah perasaan rindu dan cemburu yang menyeksakan kerana seseorang itu belum memiliki sesuatu yang dimahukan. Ironinya, inilah yang dimaksudkan dengan cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata.

Lihat Mentari Esok
Di sebalik langsir kehidupan tanpa ikatan, cuba anda bayangkan pula situasi selepas kahwin. Pasti semuanya berubah bukan? Jika dahulunya tidak boleh berpisah biarpun sementara kini 24 jam si dia di sisi anda. Siang dan malam asyik mengadap muka yang sama.
Makan bersama, tidur bersama dan melakukan pelbagai aktiviti lain juga bersama. Akhirnya Perasaan suka mungkin bertukar jemu. Malah kemungkinan tiada lagi perkara yang patut untuk disembunyikan. 
Jika dulu adab sopan di jaga. Namun, selepas kahwin kentut pun dilepaskan begitu sahaja. Bertahak di hadapan pasangan sudah menjadi perkara biasa. Tiada yang istimewa menjadi rahsia untuk diterjemah. Semuanya telah diketahui sebelum ikatan suci bersemi. Akhirnya itulah perkara yang bakal menghiasi setiap hari pasangan berumah tangga.
Romantik sudah tiada, perasaan rindu dan cemburu pula entah ghaib hilang entah ke mana.
Bersabar Sementara
Kini, apakah anda sudah mengerti? Bahawa kita sebelum ini diperbodohkan dengan mainan perasaan yang dikawal syaitan. Jarumnya mencucuk hati dan fikiran manusia agar ia dapat mentertawakan manusia yang telah tunduk dengan arahannya.
Islam telah sempurna mendidik manusia dalam segenap sudut, termasuklah dalam aspek percintaan. Sebab itulah dalam hubungan umat islam dilarang sesekali melakukan perkara yang dilarang.
Tidak boleh keluar bersama selagi tiada ikatan, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh berurusan tanpa sebab-sebab yang utama.
Setiap perkara seakan ada halangannya, susahkan?
Anda tidak akan merasa sebegitu andai anda bijak meneka hikmah di sebalik semua itu. Kita hanya perlu menjauhi perkara yang dilarang dalam hubungan agar segala kekusutan terhindar.
Hanya perlu bersabar seketika, kerana itu ialah penawar untuk menempuh hidup yang bahagia di dalam alam rumahtangga. Namun jika anda masih tidak berpuas hati, Bernikahlah segera!

KEJAHILAN itu telah berlalu :')


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

PADA MU KU BERSERAH :)



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. :')
' Ya Allah... Hari-hari yang aku lalui semakin mencabar. Sungguh mencabar.. Acapkali ku bisikkan,
"Mampukah aku menetapkan prinsipku?"
"Mampukah aku untuk terus berdiri teguh di atas landasan yang bengkok?"
"Mampukah aku??"
Untuk menjadi gagak putih dalam kalangan gagak hitam memang sesuatu yang mustahil untuk dilakukan terutama bagi hamba Allah sepertiku...Terlalu banyak kelemahan... Tetapi aku tahu, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan sesuatu yang mustahil.. Semua orang boleh buat termasuk AKU.
Ya Allah...
Bagaimana...? Berikanlah petunjuk-Mu. Sungguh ya Allah, aku benar-benar tertekan... Keadaan semakin rumit... Mampukah aku untuk terus menguatkan iman dalam kalangan teman-teman yang kurang menjaga pergaulan? Yang tidak memegang amanah sebagai pelajar? Yang melanggar perintah Allah supaya menghormati guru? Yang tidak bekelakuan seperti muslim atau muslimah yang cuba mentarbiyah diri?
Sungguh ya Allah... Aku benar-benar perlukan pertolongan daripada-Mu... Tetapi, mampukah aku untuk terus berdiri dengan penuh dedikasi?  Mampukah?
Sudah berpuluh-puluh atau mungkin juga beratus-ratus kali aku menghadapi keadaan seperti ini...
"Eh, you dah siap homework? Nak pinjam kejap boleh? Nanti I pulangkan balik."
"Eh, em, awak dah siap kerja sekolah? Tengok kejap. Tak tahulah nak buat macam mana. Lagipun, busy semalam."
"Esok tolong bawa buku BM ya. I tak siap lagi. Tak tahu nak buat macam mana. Peninglah.. Banyak sangat homework."
Ayat serupa. Matlamat juga serupa. Matlamat untuk mengadakan 'acara tiru-meniru'. Dan 'acara' ini sering kali berulang, berulang dan berulang.

Ya Allah...
Aku tidak kisah jika teman-temanku hendak meminta bantuan daripada aku untuk menerangkan soalan-soalan atau mata pelajaran yang mereka tidak faham atau tidak tahu. Tetapi mengapa mereka sering mencari jalan mudah dengan cara MENIRU kerja orang lain? Aku bukan berkira ya Allah... Bukan... Cuma mereka tidak berusaha. Yang mereka tahu, 'kalau tak siap, meniru....' dan yang menjadi 'mangsa' adalah aku...
Ya Allah...
Adakah aku terlalu berlembut dengan teman-temanku sehingga mereka pijak kepala aku? Atau mungkin juga aku terlalu memendam apa yang aku rasa? Dan yang menjadi pendengar setia ialah Engkau ya Allah... Dan apa yang aku risaukan sekarang ialah apabila 'pendam menjadi dendam'.
Nau'zubillahiminzalik ya Allah... Aku tidak mahu sifat itu ada di dalam diriku... Bersihkanlah hatiku...
Ya Allah...
Kadangkala aku bosan dengan sikap mereka. Bukan dengan mereka tetapi dengan sikap mereka. Apabila meniru, sudah tentu tiada usaha. Sedangkan, jika hendak menuntut ilmu perlu ada usaha. Barulah ada nilai kesungguhan yang sebenar.
Ya Allah...
Kuatkanlah imanku untuk terus menegakkan syiar Islam di sekolahku. Menjaga peribadiku sebagai seorang wanita Islam dalam kalangan teman-temanku yang kurang memahami 'batas-batas pergaulan dalam Islam'... Kuatkanlah aku ya Allah... Kuatkan diriku, imanku, jasadku dan emosiku... Berikanlah petunjuk-Mu di setiap langkahku... Aku sangat memerlukan-Mu... '
' Ya Allah...
Mencabar sungguh dunia-Mu ini ya Allah sehinggakan kadang kala aku juga seolah-olah ragu dengan rahmat-Mu. Terlalu mengharapkan pergantungan kepada manusia. Yang akhirnya akan mengundang kecewa.
Ya Allah...
Terlalu banyak perkataan-perkataan yang tidak baik yang keluar daripada mulut teman-temanku dan yang menjadi 'pendengar' kepada perkataan-perkataan tersebut ialah aku. Walaupun aku hanya pendengar dan mereka tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak baik kepadaku, tetapi aku sangat kecewa dan terkadang aku tertanya,
"Inikah teman-teman yang mampu membimbing aku untuk menuju ke jalan-Mu? Menuju syurga-Mu? Teman-teman yang mampu mendekatkan diriku kepada-Mu? Teman-teman yang mampu mentarbiyah aku di samping mentarbiyah diri mereka juga? Inikah ya Allah..."
Sungguh ya Allah... Hanya Engkau yang memahami perasaanku. Yang memahami isi hatiku. Perkataan-perkataan yang kasar dan sia-sia sering kali terhambur keluar daripada mulut mereka, tidak kira lelaki atau perempuan, sama saja. Tiada beza. Carutan demi carutan sering kali dituturkan.
Ya Allah...
Kuatkanlah imanku. Bantulah aku untuk menguatkan imanku. Hanya Engkau yang dapat membantu aku. Aku tidak kuat untuk berdiri seorang diri tanpa adanya pertolongan daripada-Mu... Sangat benar kata pujangga,
"Seseorang yang cuba mendekatkan diri kepada Allah, akan terasa asing di tengah-tengah manusia."
Dan kini ya Allah, aku sangat mengerti perkataan 'asing' itu... Sangat mengerti.
Ya Allah...
Kadang kala aku juga ingin berkongsi pendapatku dengan teman-teman yang sekepala denganku. Yang ingin berkongsi suka duka denganku. Yang mampu memberi inspirasi kepadaku. Tetapi bagaimana ya Allah jika cara pemikiran aku dan teman-teman sungguh berbeza? Bagaimana ya Allah... Bagaimana...

Ya Allah...
Aku cuba untuk mengajak mereka ke jalan-Mu, tetapi ya Allah, payah sekali walau aku cuba berlembut, cuba mengajak mereka dengan cara yang halus... Aku cuba ya Allah, tetapi apakan dayaku, aku tidak berjaya... Mungkin kerana aku terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kelemahan... Maafkan aku ya Allah... Aku tidak sehebat Asiyah, tidak pula sekuat Sumayyah... Maafkan aku...
Ya Allah...
Hampir setiap hari kulihat kemungkaran berlaku di depan mataku. Lelaki dan perempuan yang bergelak ketawa bersama-sama. Mampu juga tergelak besar dan terbahak-bahak bersama-sama. Ada juga yang berkongsi masalah peribadi yang terlalu peribadi bersama mereka yang berlainan jantina... Di manakah cara hidup Islam diletakkan? Di mana ya Allah... Perasaan malu juga sudah tidak diambil kira. Lelaki dan perempuan duduk rapat-rapat bagai tiada dosa dan pahala. Bisik-bisik ke telinga masing-masing untuk berkongsi cerita. Apabila ditegur, mereka berkata,
"Kawan je kot... Bukannya kami buat apa-apa pun...Lek luuuuuuuu..."
Nau'zubillahiminzalik ya Allah...
Nauzubillahiminzalik...
Ya Allah...
Mampukah aku untuk terus bertahan?? Mampukah aku ya Allah... Aku benar-benar rasa keseorangan tanpa teman yang mampu menasihati aku untuk sentiasa mengingati-Mu di setiap detik dan waktu...
Ya Allah yang Maha Mengetahui... Hari ini aku sudah pandai tersenyum apabila ada lelaki-lelaki yang mengusik, ada lelaki-lelaki yang membuat lawak di depanku... Dan kadang-kadang tergelak kecil... Maafkan aku ya Allah... Ampunkan aku... Aku juga sangat kecewa dengan diri ini...
Dan sebab itu, aku mula tertanya dan bertanya kepada diriku, mampukah aku?? Mampukah aku untuk terus istiqomah dalam persekitaran seperti ini... Mampukah aku... Mampukah? "
Ya Allah, PadaMu ku berserah diri...
"Pada hari itu (hari kiamat), sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"
( Surah Az-Zukhruf  ayat 67)