BISMILAHIRAHMANIRAHIM..
"DEBAR HATIKU MEMBISIK RINDU, INGIN AKU KATAKAN KAU GADIS IDAMAN, ADAKAH MUNGKIN KAU KU MILIKI UNTUK AKU JADIKAN INSAN BERNAMA KEKASIH"
ayat di atas tu antara bait-bait lagu insan bernama kekasih-UNIC.. sungguh saat lagu ini aku dengarkan pasti akan terbayang oleh ku suasana majlis pernikahan.. mengapa? mungkin kerana setiap orang inginkan pasangan dalam hidup mereka.. pasangan yang akan menemani mereka di jannah Allah nanti, insyaAllah.. :)
Allah telah kurniakan kepada kita satu HATI juga PERASAAN didalam diri.. dan pasti akan ada saat dan masanya kita merasakan kehadiran perasaan dan rasa yang aneh didalam hati.. ya! benar! rasa sayang, cinta rindu, kasih dan suka pada mereka yang berlainan jantina dengan kita..
tapi.. apakah kita semua sedar kadang kala perasaan itu lah yang menyebabkan kita semua LALAI dan LEKA dan mungkin juga LUPA pada ALLAH.. kerana terlalu asyik dengan perasaan yang baru bercambah dalam hati itu kita smpaikan terlupa dengan kewujudan orang lain disekeliling kita.. senario yang berlaku pada hari ini seperti anak-anak muda ber'couple' bertemu setiap hari, bersentuhan, berpandangan yang hanya menaikan syahwat pasangan, bercumbuan di khalayak, seks bebas juga pelbagai masalah sosial yang berlaku bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan... astagfirullah.. inilah penangan rasa aneh yang terbit didalam jiwa setiap hamba ALLAH yang bergelar manusia, andai diri tidak mampu untuk mentafsirkan makna sebenar rasa cinta juga kasih sayang yang suci yang dianugerahkan Allah untuk kita.. bukan salah sesiapa andai diri terjerumus dalam kancah maksiat.. salahkan diri sendiri kerana tiada benteng keimanan yang teguh.. salahkan diri sendiri kerana terlalu lemah dengan pujukan sang adam.. salahkan diri sendiri andai kamu merasakan kesakitan saat hubungan cinta yang dijalinkan terputus di tengah jalan..
bukan! bukan aku ingin menghukum.. tetapi aku ingin menyedarkan kalian.. bangunlah, bangkitlah dari lena mu.. bukakan matamu. lihat kerosakan yang berlaku pada kaum sejenis mu.. jangan terlalu ikutkan rasa hati.. ingatlah kawanku "Allah menguji manusia melalui pelbagai cara".. ya! rasa cinta itu juga antara cara Allah menguji kita.. rasa cinta itu Allah hadirkan untuk melihat sejauh mana kita mengingatiNYA saat DIA memberikan kebahagiaan kepada kita.. dan jawapannya ada pada diri kita sendiri.. benar! bukan mudah untuk menolak rasa cinta apatah lagi jika sang adam juga mempunyai perasaan yang sama pada kita.. tetapi jika iman didalam diri teguh dan kukuh pasti rasa cinta itu akan jadi sesuatu yang indah.. kata orang "mereka yang merasakan kehadiran cinta didalam kalbu mereka tetapi merahsiakannya adalah mereka yang berjihad untuk tidak melalaikan diri dengan rasa cinta itu kerana mereka yakin akan segala ketentuan Allah mengenai jodoh buat mereka". insyaAllah, Allah pasti akan memberikan yang terbaik buat kita andai kita yakin kepadaNYA.
sejak azali lagi Allah telah catatkan JODOH buat kita.. jangan bimbang, jangan takut, jangan gusar andai belum menemui sang pencinta buat dirimu kerana Allah telah mengaturkan segalanya.. aturanNyalah yang paling terbaik untuk kita kerana DIA adalah sebaik-baik perancang.. apa yang perlu dilakukan ialah teguhkan iman, bersihkan jiwa hati dan sanubari.. dan mintalah pada Allah agar ditemukan dengan insan bernama kekasih yang akan menemani kita di jannah Allah nanti.. tetapkan hati untuk sentiasa mendahulukan cinta kepada Allah dari cinta kepada manusia kerana cinta Allah tulus untuk kita semua.. :') ingatlah sahabat "Allah mengajarkan kita erti kasih sayang melalui ISLAM, cintailah agamamu kelak kau akan rasakan kemanisan iman".
Allah mengerti setiap apa yang ada didalam hati kita, dia mengetahui setiap apa yang terlintas di fikiran kita.. jangan sia-siakan rasa cinta yang suci itu untuk manusia yang hanya bertuankan nafsu.. ingatlah saat kamu telah bersedia untuk menjadi seorang bidadari buat bakal suamimu pasti Allah akan hadirkan dirinya untukmu..
"adam pasti akan datang menemui hawa apabila tiba saatnya"


