Wednesday, 19 December 2012

gagal tidak selamanya.. :')

Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.. :)

"alhamdulilah, terima kasih Allah"
kejayaan akan dapat diperolehi jika kita rajin dan sentiasa berusaha.. hari ini keputusan PMR diumumkan, ya! aku salah seorang calon yang menduduki peperiksaan itu.. dan hasilnya, aku peroleh 5A 2B 1C.. adakah aku reda? ya! aku reda kerana aku percaya Allah memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.. mungkin dengan kejayaan ku ini akan lebih mendorong aku untuk menjadi lebih kuat berusaha.. insyaAllah.. :) dan buat mereka-mereka yang banyak membantu aku, ayah mak, cikgu-cikgu dan juga kawan-kawanku terima kasih aku ucapkan.. kebaikan kalian akan dibalas suatu hari nanti, insyaAllah..

  Buat teman-teman yang tidak berjaya, usah bersedih. pujuklah hatimu untuk bangkit semula. usah bimbang Allah ada bersama kamu, yang pasti aku titipkan doa buat kalian. teman-teman kegagalan hari ini tidak bermakna kalian akan gagal untuk selamanya. ingatlah apabila kamu terjatuh berusahalah untuk bangun, jangan pernah kecewa dengan kegagalan hari ini. yang telah tertulis itu pasti yang terbaik buat kita semua. jangan takut untuk gagal lagi kerana kegagalan hari ini akan membantu kita untuk berjaya pada masa hadapan. yakinlah dengan janji Allah yang mana Allah sentiasa bersama dengan mereka-mereka yang berusaha. ingatlah sahabat Allah ada membantu kita.. :) jangan bersedih, lupakan kesedihan ini dan teruslah berusaha mencapai impianmu. yakinlah tiada sesiapa pun yang inginkan kegagalan, tetapi dengan kegagalanlah kita akan belajar untuk lebih kuat berusaha.. insyaAllah kau pasti akan berjaya suatu masa nanti..

 Temanku, jika hari ini kau gagal untuk bangun maka berusahalah untuk tidak terjatuh lagi. kita semua sama, yang membezakan hanyalah usaha. jangan bimbang teman Allah sentiasa menemani mereka yang sabar. maka berusahalah kamu untuk menjadi orang yang berjaya. bersungguh-sungguhlah kamu menuntut ilmu. ingatlah tiada jalan pintas untuk berjaya, kita harus melalui liku-liku dan kesusahan sebelum bertemu kesenangan pada akhirnya.. jangan menangisi kegagalan hari ini, setiap yang berlaku itu telah pun tertulis dan apa yang telah Allah berikan itulah yang terbaik.. jangan gusar dengan hari esok, masih ada harapan untuk kalian berubah.. aku doakan kalian kan mampu untuk menjadi yang terbaik.. dan ingatlah temanku sesungguhnya, tiada satu orang pun yang akan berjaya dengan sekelip mata tanpa usaha dan semangat yang kuat. percayalah Allah tidak pernah membiarkan kita keseorangan, didiklah jiwamu untuk sentiasa yakin dan percaya dengan setiap janjiNya, insayAllah kau akan temui kejayaan..

  Sahabatku, tiada yang mampu aku lakukan selain mendoakan kejayaan dan kesejahteraanmu.. segala-galanya terletak pada tangan kita. ingatlah jangan pernah putus harapan, usaha dan teruslah berusaha.. :) kejayaan pasti akan kau temui.. Allah tidak zalim pada kita, hanya kita sahaja yang selalu dan sering menzalimi diri sendiri. usah ditangisi kegagalan hari ini tangisan tidak mampu merubah apa-apa. ingatlah untuk terakhir kalinya, kita semua layak untuk berjaya hanya usaha yang dapat menentukan segalanya.. dan setelah kau berusaha, didiklah dirimu untuk istiqomah dan jangan pernah putus harapan, insyaAllah kejayaan pasti menjadi milikmu..

  salam kasih daripadaku buat mu teman-teman yang ku sayangi. :)